Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: VIDEO TANPA WAJAH

HAAALLLLLUUUU GUYSSS BERTEMU KEMBALI KTAA

Haaa kali ini saya nak cerita tentang Video Tanpa Wajah. video ni amat unik. Sebabnya saya hanya merekodnkan video tanpa merakam wajah pelakonnya. senang cerita fokus kat tangan atau kaki laa. apa susah sangat kamu ni.jadi biasanya video tanpa wajah ikut kesesuaian jalan cerita baru lah nampak flow cerita tersebut. so apa yang diperlukan untuk aspek video tanpa wajah ialah :-

1. Tanpa wajah.
video ini mesti dihasilkan tanpa wajah pelakon tersebut dari mana-mana bahagian

2. memfokuskan kepada bahagian tertentu
ini adalah untuk memfokuskan bahagian mana yang diperlukan pengarah dalam mambuat jalan cerita ini.

3. mesti ada jalan cerita
ini antara yang penting skali dik. jalan cerita yang betul dan jelas akan memudahkan penonton untuk memahami jalan cerita anda

4. lagu.
lagu yang dipilih mestilah sesuai dengan jalan cerita tersebut



BBM3410/18: VIDEO ONE SHOT

Hey heyy heyyyyyyyy kembali bertemu yaaaaaaa hihi

Apo Kabo semuaanyaaaa

okeh tanpa buang masa, sekarang abe nak cerita tentang one shot video. one shot je tau, bukan two, three, four. ONE ONLY LA DEY! okay okay kembali kepada topik, one shot mempunyai tiga ciri-ciri antaranya ialah:-

One shot one layer:
 okay untuk yang ni adik-adik sekalian, untuk lagu, kita hanya boleh menyanyi sahaja. background ke apa ke berlakon ke semua diharamkan untuk one shot one layer ini!

One shot two layer:
 untuk yang ini pula lain skit dari yang pertama tadi. kita kena ada yang mennyanyi dan juga berlakon sekaligus

One shot three layer:
 makanya untuk yang ketiga ni ialah bebas, senang cerita takde apa-apa halangan. tak kira dari segi penggunaan background ke, pelakon ke sukati kome la ye.

so faham dah?? okay saya gerak dulu! jumpa lagi bye!!

BBM3410/18: PAPAN CERITA

Hello Guys!

Haaaa kalini nak bincang pasal apa pula ya? Ada idea tak? okaylah saya ceritakan kepada anda semua tentang papan cerita.

Untuk pengetahuan awak-awak semua diluar sana, papan cerita ialah satu siri lakaran yang menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Haaa nak tahu lagi? okaylaa saya ceritakan secara lebih lanjut lagi. Ianya merupakan susunan dalam ilustrasi yang ditunjukkan bagi pra-tayangan gambar bergerak, grafik, animasi atau media interaktif.

haaa next nextttt ialahhhh apakah yang diperlukan oleh papan cerita?? siapa tahu??? cer citer cer citer. 

Okay apa yang diperlukan ialah
1. lakaran atau tulisan di atas skrin atau sesuatu Pages
2. warna, penempatan dan saiz grafik
3.teks
4. Narrasi
5. Animasi
6. Video
7. Suara atau voice dalam bahasa inggerisnyaa

BBM3410: NOTA ASAS GRAFIK

Sebagaimana yang diketahui, asas grafik ialah ciri-ciri asas yang diperlukan untuk membuat atau mencipta satu rekaan video atau visual. hal ini kerana jika kita mengaplikasikan asas grafik ini ke dalam sesuatu rekaan tersebut, ia akan menjadikan video atau visual tersebut lebih menarik.asas grafik ini terdiri daripada 5 ciri-ciri antaranya ialah mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna dan teks.

1. Mudah
Bermaksud menghasilkan sesuatu yang mudah atau simple dari segi penggunaan rekaan serta dapat menjadi tarikan.

2. Keseimbangan
keseimbangan sangat penting kerana ia menunjukkan aspek kesepadanan dari setiap sudut gambar itu diambil.

3. Kesesuaian
penggunaan warna yang menarik atau tempat yang menarik akan mendapat perhatian dari orang yang memerhati. yang paling penting sekali ialah ianya menyampaikan mesej yang mudah bagi setiap orang untuk mengamatikannya.

4. Warna
Penggunaan warna juga memainkan peranan penting. hal ini kerana ia akan menjadikan sesuatu visual itu lebih menarik dan cantik. oemilihan warna yang betul akan menjadikan visual tersebut menjadi sesuatu yang sesuai dan menarik.

5. Teks
penggunaan teks yang betul pada sesuatu visual adalah penting. Visual tidak akan menjadi cantik sekiranya terlalu banyak teks yang diletakkan di dalam sesuatu visual.