Tuesday, September 25, 2018

BBM3410 (Minggu Kedua)- TUGASAN PERTAMA

minggu kedua, kumpulan kami iaitu Kumpulan Jebat telah menyiapkan tugasan untuk scrap book.






BBM3410 (Minggu pertama)- Bermulanya kuliah

Kuliah minggu pertama telah bermula, perjalanan sebagai pelajar tahun akhir dan masih memikirkan bagaimana untuk membahagikan masa diantara pelajaran, tugasan serta masa untuk menyelesaikan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA). Sebagai seorang mahasiswa, kita seharusnya bijak dalam menguruskan masa. Jadi tidak akan ada alasan untuk tidak mampu berjuang pada semester akhir ini! Kelas Multimedia BBM3410 dijadualkan pada hari isnin untuk kuliah dan selasa untuk kelas amali.
minggu pertama merupakan pengenalan untuk subjek multimedia dan pensyarah yang mengajar ialah Prof. Dr. Normaliza binti Abdul Rahim.

BBM3410- Pengenalan Diri




Nama: Mohamed Syafiq Emir Bin Razali
Tarikh lahir: 19 September 1995
Umur: 23
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Asal: Johor 
Status: Bujang


Assalamualaikum dan Salam Sejahera kepada pelawat blogku ini,


Nama yang telah diberikan oleh ibu dan ayah ialah Mohamed Syafiq Emir Bin Mohamed Razali saya telah dilahirkan di Johor. Merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. semuanya lelaki dan masing-masing masih belajar termasuk saya. Akademik bermula di Sekolah Rendah Gelang Patah bermula dari darjah satu sehingga darjah enam, kemudiannya saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) yang terletak di Kota Tinggi Johor, kemudiannya, semasa di Pra-Universiti, saya berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil(SSBJ). kemudiannya saya menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia(UPM) mengambil jurusan Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu.