Sunday, November 18, 2018

KISAH SERAM FBMK

Hari Khamis, malam Jumaat adalah hari yang paling orang Melayu suka bercerita hantu. Pelbagai cerita seram terbitan sang penerbit tempatan keluar terbang mencari mangsa mereka, sang penonton Melayu. Kisah ini diturunkan secara turun-temurun. Daripada anak cicit, moyang dan segala macam salasiah keluarga tahu akan cerita hantu.  Pontianak, pocong, hantu raya, jembalang mata satu, mata dua, mata tiga, bermata-mata… Budak kecik kepala botak a.k.a toyol pun ada sudah terkenal. Si toyol itu hanya hendak mencari pendapatan sampingan je lah. Kenapalah dikomersilkan pula...

Di mana-mana sahaja tempat di Malaysia ini pasti akan ada cerita hantunya tersendiri.


Ini tak lari juga di universiti yang saya diami, Universiti Putra Malaysia (UPM). Banyak kisah seram yang saya dengari. Biasalah. Cerita hantu sebegini memang terkenal. Sebaran hanya daripada mulut ke mulut. Setiap tempat di UPM ini boleh dikatakan ada kisah seramnya. Semestinya ia bukan yang baik untuk diceritakan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) menjadi wadah penceritaan kisah seram pada kali ini. Saya putar istilah FBMK ke 'Fakulti Berhantu Malam Khamis' bagi menyedapkan sedikit kisah yang ingin saya ceritakan ini...


Al-kisah bermula apabila seorang kawan saya, si budak fbmk (secara tak rasminya) membuka cerita di suatu malam yang hening…. Dimulakan dengan kisah seorang pensyarah dikacau dalam pejabat sendiri di fbmk, blok B. Pada suatu malam beliau balik lewat dari pejabat sebab nak uruskan beberapa hal yang tertangguh. Ketika beliau sedang kunci pintu pejabat hendak pulang lebih kurang dalam jam 10-11 malam, beliau terdengar bunyi pelik dalam pejabat. Sret srot sret srot. Pelik. Tak apalah katanya. Sudaah lewat malam pun. Balik jer la dulu.


Keesokannya apabila beliau masuk dalam pejabat, beliau terkejut melihat berselerak pejabatnya. Fail bertebaran di atas lantai. Kertas-kertas berselerak di atas meja. Kesan cakar sana sini situ pada dinding. Seperti ada makhluk yang mengamuk… Rupanya ada yang tak suka beliau kerja lebih masa. Buat apa lama-lama di pejabat sehingga waktu malam. Dah cukup masa, balik jer la. Itu mesej si pembuat kacau agaknya. Setelah kes itu berlaku, tak digalakkan pensyarah balik lewat malam di fbmk…


Dikisah yang lain pula, pernah ada seorang pensyarah terlanggar pintu utama sliding door fbmk. Beliau ingatkan pintu sudah terbuka jadi jalan la cepat-cepat tapi rupanya tak. Bammm! Terlanggar sampai retak pintu tu dibuatnya. Takkan terlanggar pun boleh retak, bukan? Seperti ada yang sengaja menolak sekali supaya langgaran menjadi kuat. Tidak dapat dipastikan apakah ‘benda’ tu. Pensyarah tersebut dikejarkan ke wad ICU…

Hit hard you know Makhluk mungkin?,,,,,

Saya pernah mengambil kelas di FBMK di bawah subjek 'Perubahan dan Komunikasi'. Nak dijadikan cerita, pensyarah saya untuk kelas itu membuka sedikit cerita menarik untuk santapan kami yang sedang kebosanan. Untuk makluman, kisah ini boleh dikategorikan Israeliyat versi FBMK. Saya tidak tahu benar atau tidak.

Al-kisahnya sedang kusyuk kami mendengar kuliah sampaian beliau… TIBA-TIBA… microphone berdehem secara sendiri. Ssmsmmssmsms…. smsmsmsmsmsm…. Dua kali tuu. Terus senyap satu kelas. 1-2 minit lepas tu pensyarah pun bersuara. 

“Ai, ada juga yang nak menyampaikan kuliah nampaknya,” sambil menglambai-lambai tangan beliau ke arah  microphone. 

“Awak nampak tak?” pandang beliau ke arah kami semua.

Saya dan yang lain geleng kepala jer. Apakah yang sedang berlaku ini? Biasalahkan apabila microphone berdehem seketika dua kerana tak off.

"Perkara begini jangan awak sangka tak pelik," dan bermulalah beliau bercerita pasal kisah hantu di FBMK.

Katanya jangan terkejut kalau ada perkara pelik berlaku di kawasan FBMK ni.

“Awak kalau masuk kelas sorang-sorang lepas tu nampak meja dekat kerusi tiba-tiba naik elok jer. Nampak elok seperti ‘ada’ yang datang kelas, awak nak buat apa?” pandangan serius beliau ke arah kami.


Kami terdiam. Para pelajar yang sibuk bersembang di belakang mula senyap. Suasana mula sepi. Mereka mula fokus. Mana taknya, ini akan tercatit satu kisah menarik di minda kami pada senja ini. 

“Kalau saya lah, saya bungkus beg saya, ambil pen. Terus keluar ikut pintu tu. Kalau tak sempat, terus jer cabut begitu tinggalkan semua barang ni," aksi beliau seperti meninggalkan semua barang yang ada di meja.


"Takkan nak menunggu benda tu buat benda lain pula kan?” Tambah beliau itu.


Itu tanda ‘ada’ yang hendak duduk belajar bersama kita. Kalau biarkan lama-lama bersendirian, lain pulak jadinya.


“Saya sudah ada banyak pengalaman bekerja di FBMK ni. Pernah satu ketika dulu sedang elok saya mengajar tiba-tiba slide putih depan ni naik secara automatik tanpa ada orang tekan suisnya,” tunjuk beliau ke arah slide putih di hadapan kelas.

“Pernah juga sedang elok saya masuk ke kelas, kerusi pensyarah tiba-tiba berpusing secara sendiri. Kerusi pensyarah ini. Bukan kerusi pensyarah lain,” tepuk beliau pada kerusi yang didudukinya.

Nampaknya kelas ini mempunyai sejarah yang menarik bagi beliau.


Pesan beliau, kalau kami datang dan masuk kelas ni awal, berseorangan tanpa ada orang lain, sila tunggu di luar kelas.

"There is a high chance that the 2nd person in here is not human," kata beliau.


Erkkk… biar betul!? Dulu saya ada la jugak kelas BBC2401 di sini. Saya pernah masuk kelas ini seorang diri jer tau. Masa tu tengah hari. Masa saya masuk tu, memang ada terasa aura seram. Bulu roma di tangan ketika itu ada juga meremang. Tapi saya endahkan dengan membaca buku teks. Bukan sekali tapi dekat 2-3 jugak la saya berseorangan di dalam kelas ni. Alhamdullillah tak da pun ‘benda’ tu kacau. Nasib, nasib…

Masa semakin singkat

Semakin lama semakin pantas ku rasa masa berlalu. Kini terhimpit dengan tugasan dan juga Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA). Pada masa sekarang, pelajar-pelajar seharusnya dan mesti menguruskan masa dengan baik. Disamping kesibukan dunia, jangan kita lupakan untuk kejarkan bekalan akhirat. kerana tanpa keberkatanNya, kita tidak akan kemana-mana. Jadi kita seharusnya bijak menguruskan masa.

BBM3410- Tugasan Online

Pada pagi isnin yang indah, kami dikejutkan khabar bahawa kelas pagi tersebut tiada, namun jarang la Prof takkan bagi kerja hahaha. Memang betul, ada kerja. Iaitu kami dikehendaki mengambil gambar prof dengan angle yang betul dan cantik! wah prof kami masuk Tv wei! Tv Al-Hijrah pulak tu! Seronok betul tengok Prof dalam Tv. Excitednya lain macam. Program yang dihadiri oleh Prof adalah "Memartabatkan bahasa melayu dan keharmonian kaum"




                                                  Famous dah Prof. aku. Kau ado????

BBM 3410- Video One Shot Two Layer

Tugasan seterusnya adalah, kami dikehendaki merakam video One Shot Two Layer. Kami kumpulan Jebat telah memilih lagu Black iaitu Teman Penganti. Harapnya video yang kami buat ini menepati tajuk tugasan. tempat yang telah kami pilih untuk tugasan ini adalah di hadapan pejabat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Nantikan video kami masa presentation nanti ya kawan-kawan!




BBM 3410 - Video One Shot

Tugasan kali ini adalah kami telah diarahkan untuk melakukan satu tugasan yang berkaitan dengan video iaitu video one shot. kumpulan kami ialah kumpulan jebat telah memilih satu lagu bertajuk amalina yang dinyanyikan oleh Santesh. Namun setelah melakukan pembentangan, kumpulan kami tidak menepati tajuk tugasan, dan kumpulan kami telah diarahkan untuk membuat semula video tersebut. Tajuk pilihan kami yang seterusnya ialah aspalela yang dinyanyikan oleh Saiful Apek. Harap-harapnya diterima oleh Prof!

Ada beberapa aksi dan gambar semasa merakam lagu kedua iaitu Aspalela oleh Saiful Apek.








BBM3410 -Tugasan “Online”



\
Proses membuat Kalender dalam photoshop


Sekali lagi kita bertemu. Kali ini tuan blogger akan post tugasan online yang perlu disiapkan segera. Tugasan tersebut ialah photoshop Dalam membuat sesuatu gambar dalam adobe photoshop, kita hendaklah rajin bertanya dan rajin survey dalam youtube untuk melakukan editing dalam photoshop. Saya telah merakam satu video berdurasi 3minit 19 saat ini untuk dipertontonkan cara-cara proses membuat kalender di aplikasi photoshop. Harap enjoyyy!!