Tahukah kita bahawa internet yang selama ini yang kita katakan semuanya berada dihujung jari seperti google, yahoo, twitter, facebook, ebay dan sebagainya adalah hanya 4% dari 100% internet!
Dark Web merupakan terma yang merujuk secara spesifik kepada sejumlah laman-laman web yang hanya wujud pada rangkaian berenkripsi. Ianya tidak dapat diketemukan melalui enjin carian konvensional atau dilawati dengan menggunakan pelayar konvensional.
Hampir kesemua laman-laman di Dark Web ini melindungi identitinya dengan menggunakan perisian enkripsi Tor. Antara fungsi Tor adalah untuk melindungi identiti dan aktiviti pengguna, serta boleh juga digunakan untuk memalsukan lokasi. Laman web yang hanya dapat diakses melalui Tor juga mempunyai ciri yang sama bagi menambahkan lagi tahap kerahsiaannya.
Tor pada asalnya dibangunkan oleh agensi kerajaan Amerika Syarikat melalui Office of Naval Research and Defense Advanced Research Projects Agency. Ia mampu menjadikan penggunanya ‘anonymous’ melalui apa yang digelar sebagai “onion routing”. Data-data dihantar melalui rangkaian ini akan melalui pelbagai jenis router hinggakan ia menjadi sukar untuk menjejaki dari mana asalnya ‘request’ berkenaan dibuat.
Untuk melayari sesebuah laman web pada Dark Web menggunakan enkripsi Tor, pengguna berkenaan perlu menggunakan pelayar Tor. Alamat IP kedua-dua belah pihak, baik pengguna dan penyedia laman telah melalui pelbagai peringkat enkripsi untuk ianya dapat dipertemukan pada rankaian Tor.
Oleh kerana kesukaran untuk mengenalpasti siapa disebalik mengendalikan sesebuah laman web, adalah sangat merbahaya andainya identiti seseorang pengguna itu telah dibocorkan.
PERINGATAN! Laman-laman yang dapat diakses pada Dark Web kebanyakannya menyediakan kandungan yang BERUNSUR JENAYAH. Kebanyakan darinya mengandungi kandungan-kandungan tidak bermoral seperti urusan pembelian senjata api, ubat-ubatan palsu, urus niaga dadah terlarang, pornografi dan aktiviti jenayah lain. Sebaiknya, anda perlu menghindarkan diri dari menggunakannya!
Keadaan Dark Web sekarang ini
Oleh kerana berlaku penyalahgunaan perkhidmatan seperti Tor, Dark Web telah dianggap sebagai lubuk jenayah siber yang menggunakan Bitcoin untuk berurusniaga. Akibatnya, pengguna harian biasa yang cuma inginkan privasi sewaktu melayari laman web telah menjauhkan diri dari menggunakannya.
Laporan dari Onionscan juga mendapati hanya lebih kurang 4,400 laman sahaja beroperasi dari lebih 30,000 pangkalan data halaman tor yang dikuiri.
Hal ini berpunca dari aktiviti tidak bermoral yang dijalankan padanya serta proses pembelajaran untuk menggunakannya jauh lebih kompleks berbanding menggunakan internet konvensional lain.
No comments:
Post a Comment