Saturday, October 20, 2018

BBM3410 (Minggu Keenam)- Adobe Photoshop

Kami telah memulakan tugasan Adobe Photoshop dimana kami dikehendaki untuk membuat kalendar tahunan untuk tahun akan datang.

akan ku update nanti kalendar ku yang dah siap nanti!!! stay tunedddddddd

BBM3410 (Minggu Keenam)- Tugasan slide untuk Simpulan Bahasa

Untuk tugasan pada minggu ini, kami telah diarahkan untuk menyiapkan slide untuk tugasan simpulan bahasa. Slide ini mesti menunjukkan situasi mengenai gambar yang telah diambil dan slide perlu diletakkan lagu untuk pembentangan nanti.


Ini merupakan gambar yang telah mengikut simpulan bahasa yang telah kumpulan kami pilih:-


Alas dulang

Kaki Pukul

Kaki Pancing

Ringan tangan

Pisau cukur

BBM3410 (Minggu Kelima)- Dark Deep Web: Sisi gelap internet yang ramai tidak tahu.

APA ITU DARK WEB?

Tahukah kita bahawa internet yang selama ini yang kita katakan semuanya berada dihujung jari seperti google, yahoo, twitter, facebook, ebay dan sebagainya adalah hanya 4% dari 100% internet!


Dark Web merupakan terma yang merujuk secara spesifik kepada sejumlah laman-laman web yang hanya wujud pada rangkaian berenkripsi. Ianya tidak dapat diketemukan melalui enjin carian konvensional atau dilawati dengan menggunakan pelayar konvensional.
Hampir kesemua laman-laman di Dark Web ini melindungi identitinya dengan menggunakan perisian enkripsi Tor. Antara fungsi Tor adalah untuk melindungi identiti dan aktiviti pengguna, serta boleh juga digunakan untuk memalsukan lokasi. Laman web yang hanya dapat diakses melalui Tor juga mempunyai ciri yang sama bagi menambahkan lagi tahap kerahsiaannya.

Tor pada asalnya dibangunkan oleh agensi kerajaan Amerika Syarikat melalui Office of Naval Research and Defense Advanced Research Projects Agency. Ia mampu menjadikan penggunanya ‘anonymous’ melalui apa yang digelar sebagai “onion routing”. Data-data dihantar melalui rangkaian ini akan melalui pelbagai jenis router hinggakan ia menjadi sukar untuk menjejaki dari mana asalnya ‘request’ berkenaan dibuat.

Untuk melayari sesebuah laman web pada Dark Web menggunakan enkripsi Tor, pengguna berkenaan perlu menggunakan pelayar Tor. Alamat IP kedua-dua belah pihak, baik pengguna dan penyedia laman telah melalui pelbagai peringkat enkripsi untuk ianya dapat dipertemukan pada rankaian Tor.
Oleh kerana kesukaran untuk mengenalpasti siapa disebalik mengendalikan sesebuah laman web, adalah sangat merbahaya andainya identiti seseorang pengguna itu telah dibocorkan.
PERINGATAN! Laman-laman yang dapat diakses pada Dark Web kebanyakannya menyediakan kandungan yang BERUNSUR JENAYAH. Kebanyakan darinya mengandungi kandungan-kandungan tidak bermoral seperti urusan pembelian senjata api, ubat-ubatan palsu, urus niaga dadah terlarang, pornografi dan aktiviti jenayah lain. Sebaiknya, anda perlu menghindarkan diri dari menggunakannya!

Keadaan Dark Web sekarang ini

Oleh kerana berlaku penyalahgunaan perkhidmatan seperti Tor, Dark Web telah dianggap sebagai lubuk jenayah siber yang menggunakan Bitcoin untuk berurusniaga. Akibatnya, pengguna harian biasa yang cuma inginkan privasi sewaktu melayari laman web telah menjauhkan diri dari menggunakannya.
Laporan dari Onionscan juga mendapati hanya lebih kurang 4,400 laman sahaja beroperasi dari lebih 30,000 pangkalan data halaman tor yang dikuiri.
Hal ini berpunca dari aktiviti tidak bermoral yang dijalankan padanya serta proses pembelajaran untuk menggunakannya jauh lebih kompleks berbanding menggunakan internet konvensional lain.

Thursday, October 11, 2018

BBM3410 (Minggu Kelima)- Minggu yang disirami hujan!

Sudah beberapa kali diri ini telah disirami hujan dikala balik dari kelas. dengan hanya naik motor SYM syafiq yang menunggang. diri ini redhoo sajaaaa basah-basah balik bilik

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410 (Minggu Kelima)- Tugasan Flat Lay

Untuk tugasan kali ini, saya dan juga rakan-rakan dikehendaki untuk menyiapkan satu tugasan gambar iaitu Flatlay. Terdapat 4 jenis Flatlay yang ada iaitu Flatlay, Half Flatlay, Quarter Flatlay, dan akhir sekali ialah Zero Flatlay.

Kami telah ditugaskan untuk mengambil gambar mengikut jenis-jenis Flatlay tersebut. Setelah selesai mengambil gambar tersebut, kami perlu memuat naikkan gambar tersebut di akaun instagram masing-masing dengan disertakan hashtag iaitu:-

#BBM3410FlatLay
#BBM3410HalfFlatLay
#BBM3410QuarterFlatLay
#BBM3410ZeroFlatLay

Disini saya sertakan gambar-gambar tugasan tersebut:- 
(Flatlay)
 (Quarter Flatlay)
(Zero FlatLay)
(Half FlatLay)



















Gambar di bawah ini merupakan gambar semasa mengambil contoh gambar untuk Flatlay:-




BBM3410 (Minggu Keempat)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu keempat ini, saya berasa amat pack dengan tugasan-tugasan, Projek Ilmiah Tahun Akhir(PITA) dan juga latihan serta tournament. Namun sebagai seorang pelajar kita harus ikhlas dalam menimba ilmu serta kuat untuk menghadapi cabaran belajar di universiti. Semoga saya sentiasa diberi kekuatan untuk berjaya.

Tuesday, October 2, 2018

BBM3410 (Minggu Keempat) -Tugasan dalam talian

Assalamualaikum.

Tugasan pada minggu keempat ialah tugasan tentang memberi pendapat tentang media sosial yang ada di dalam buku boom.

terdapat 6 jenis media sosial yang dinyatakan ialah sicial network,book marking sites, social view, media sharing, microblogging, blogging particularly comments and forum.

Saya telah diberikan dua tugasan tersebuttentang 6 jenis media sosialdan perlu pilih mana satu yang sesuai untuk penggunaan pada masa hadapan.

sekian untuk kali ini. terima kasih.

BBM3410 (Minggu Ketiga)- Tugasan foto Grafik

Kembali bertemu wahai para pembaca yang budiman.

Tugasan kali ini agak unik. Kami telah belajar mengenai cara pengambilan gambar mengikut format yang telah kami belajar iaitu long shot, mug shot, medium shot, potrait, birds eye view,over shoulder.

Bagi kumpulan kami, semua telah bersetuju untuk mengambil gambar tugasan tersebut di Bukit Ekspo UPM. Hal ini kerana di sana mempunyai banyak tempat yang sesuai untuk mengambil gambar.

Saya lampirkan gambar-gambar mengikut teknik yang telah diajar oleh Prof.Dr. Normaliza.:-
(Birds eye view)

lepak-lepak sebentar....

bermacam cara untuk mengambil gambar Birs eye view

(Long Shot)

(Over the shoulder)

(Potrait)

(Mugshot)

(birds eye view)

(Medium shot)

BBM3410 (Minggu Ketiga)- Pesta Makanan Tradisional peringkat UPM 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat blog ini.

Pada minggu ini, tugasan seterusnya yang perlu diselesaikan oleh pelajar BBM3410 ialah mengambil gambar dan juga melawat pesta makanan tradisional yang telah diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia.

Masing-masing sibuk untuk mengambil gambar dan perlu dimuat naik di akaun instagram masing-masing dengan hashtag yang menarik perhatian dan juga menghiburkan hati para pembaca.

Yang lebih menarik perhatian ialah Pesta tersebut dihadiri oleh Chef terkenal di UPM iaitu Chef Shariman yang menyajikan masakan tradisional yang menarik perhatian pelawat disitu.

sekian untuk minggu ini jumpa di kemudian hari!

Bersama Prof tercinta!
Bergaya abam sharil bersama Prof.

Kebab yang sedap saya dah cuba!

Saudara aiman yang segak

Saudara Mustakim menikmati hari pesta makanan UPM.